Jumaat, Oktober 08, 2010

Berita bergambar Program DPPPC turun ke UPU Tanjung Baru



Amanat oleh Cikgu Ariff selaku Pemangku Ketua Pemuda


Sesi tazkirah ringkas oleh Ust Nik Hamdi Abd. Ghani


Sebahagian daripada 50 orang hadirin yang hadir..


Pemuda-pemuda UPU Tanjung Baru bergotong-royong menyiapkan juadah dan membakar ayam serta ikan..


Sesi pendaftaran..


Sumbangan peralatan sukan untuk pemuda UPU..


P/S: Pada 6 Oktober lepas DPPPC telah turun ke UPU Tanjung Baru dalam DUN Chempaka dalam rangka awal mengeratkan hubungan antara pemuda kawasan dengan pemuda UPU. hubungan ini perlu sebagai persediaan PRU 13.. Terima kasih kepada Pemuda Tanjung Baru kerana hadir dan memberikan segala kerjasama walaupun dalam keadaan cuaca hujan..

Sabtu, September 25, 2010

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dun Chempaka - Kg Tukang Dolah


Ucapan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat



Pimpinan PAS Cawangan bersama para penceramah jemputan



Sebahagian hadirin yang hadir mendengar ceramah.



Pada 24 September 2010, telah diadakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kg Tukang Dollah yang terletak dalam Dun Chempaka.

Majlis itu telah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Jamuan rakyat pada tengah harinya dan selepas itu pada sebelah petang telah diadakan sukan rakyat. Majlis sebegini boleh memautkan kembali ukhuwwah sesama masyarakat dan pimpinan PAS kawasan Pengkalan Chepa. Amat menarik melihat semangat kerjasama dan gotong royong masih lagi subur di sini.

Pada malamnya, ceramah Isu Semasa telah diadakan dan dihadiri sendiri oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebelum beliau, ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hamid Derani. Pelbagai isu telah disentuh, bermula dari awal pemerintahan PAS di Kelantan sehinggalah genap 20 tahun pemerintahan pada tahun ini.

Majlis telah berakhir lebih kurang jam 12 tengah malam, dan rata-rata hadirin yang hadir amat berpuas-hati dengan kejayaan program ini. Mereka menyuarakan harapan semoga ia boleh diadakan lagi pada masa-masa akan datang. Dengan komitmen semua pihak, program itu telah dianggap sangat berjaya. Tahniah kepada Penduduk Kg. Tukang Dolah.

Sambutan Hari Raya DPP Pengkalan Chepa Meriah

Acara bermula dengan solat maghrib..


Hadirin sedang mengambil juadah..


Hadirin sedang menjamu selera..


Sebahagian daripada AJK DPPPC sedang menikmati hidangan bersama Ust Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz



Khamis, 23 September 2010 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa telah mengadakan majlis jamuan hari raya bertempat di Pusat Tarbiah Islamiyah (PUTIK). Majlis tersebut bermula jam 7.00 petang dan berakhir kira-kira jam 9.30 malam. Majlis yang dihadiri oleh 200 hingga 300 orang pemuda dari 70 cawangan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pimpinan utama PAS Kawasan serta wakil dari pemuda PAS negeri.

Program yang menjadi acara tahunan Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pemuda PAS kawasan dengan pemuda - pemuda cawangan, mengumpul kekuatan pemuda dan menaikkan semangat untuk terus mendokong perjuangan Islam.

Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah diikuti oleh ucapan aluan Pemangku Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa, Sdr Muhammad Arif Abdullah dan diteruskan dengan tazkirah aidilfitri oleh Ust Harun Ismail, wakil Pemuda PAS Negeri itu.

Muhammad Arif dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan sokongan para pemuda PAS di setiap program yang dianjurkan. Beliau juga meminta agar pemuda PAS sentiasa komited dengan perjuangan Islam yang dibawa melalui wadah PAS dan sentiasa memberikan komitmen terhadap program-program yang dianjurkan. Beliau seterusnya mengingatkan agar pemuda Pengkalan Chepa sentiasa alert dan hati-hati dengan propaganda yang dimainkan pihak lawan agar tidak tersasar halatuju perjuangannya.

Majlis hari raya Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa kali ini menyajikan pelbagai jenis juadah. Antaranya sate, laksa, bihun, ketupat, tapai, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih muih. Majlis hari raya ini insyaallah akan diperbesarkan dan dimeriahkan lagi pada tahun-tahun hadapan memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada pemuda cawangan.

Rabu, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..



Ikhlas daripada Ketua Pemuda dan seluruh ahli jawatankuasa kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa.. Takabalallaah minna wa min kum..

Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum


KUALA LUMPUR, 8 Sept: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ia sudah cukup memberitahu rakyat apa yang berlaku di sebalik pemerintahan BN di Putrajaya.

“Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.

Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri.

Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman.

Ini, ujarnya tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan pengganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang".

Tambahnya, Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin.

“Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009.

“Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi,” ujarnya lagi.

PAS, katanya melihat Musa telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama kerajaan.

Namun, beliau berkata, cetusan rasa tidak puas hati yang disebutkan Musa baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota polis di bawah pentadbiran BN.

Idris menambah, tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.

“Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran itu.

Katanya, kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Justeru, beliau menambah, PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN.

Jika tidak, ujarnya mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

Sumber asal: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28549:alat-bn-buka-mulut-setelah-tarikh-bersara-diumum&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Ahad, Ogos 29, 2010

Tidak Faham Agama Punca Polemik- TG Nik Aziz


KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.

Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.

Sumber asal : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28397%3Atidak-faham-agama-punca-polemik-nik-aziz&catid=41%3Autama-muka-depan&Itemid=124

Isnin, Ogos 23, 2010

DI MANA HARUN SANI PADA KETIKA INI??


Banner BN ketika Pilihan Raya kecil Hulu Selangor.. Pada ketika ini doa kepada kemenangan orang non-muslim yang bersekongkol dengan parti perkauman UMNO, tidak menjadi isu.

Tetapi mendoakan hidayah dan serta kesejahteraan kepada non-muslim supaya melaksanakan keadilan dalam negeri menjadi satu isu besar dan dipolemikkan.

Itu pun kalau benar perkara ini berlaku...

Galeri PemudaPC